Thursday, December 31, 2009

Bye 2009...

Selamat tinggal 2009 yang penuh makna..

Assalamualaikum rakan sekalian

maaf untuk sekian lama tidak mengaktifkan blog sendiri.. dek kerana kesibukan bergelar isteri dan ibu aku tiada masa untuk diri sendiri..mmg dah lama tangan ni nak menaip menceritakan pelbagai kisah namun masa tiada untuk di curi dan entah ape kena semalam aku bermimpi blog mana yang x aktif automatik akan di curik..sampai mcm tu sekali di bawa ke mimpi..

2009 dalam kenangan...

hari terakhir 2009 semalam telah aku abiskan dgn training di Semua House KL..4 hari bersesak menaiki tren satu pengalaman yang pertama kali aku baru lalui..menaiki tren dan berhimpit2 dengan rakyat indon mahupun myammar membuat aku jelek apatah lagi bau ketii yang tenget benar2 membuat aku serik..klu bukan kerana tanggungjawab yang harus diselesaikan ..dah lama aku ponteng atau MC untuk menghadiri training yang ke main jauhnya...

dan.. untuk malam 31 Dec 09 aku meraikan tahun baru bersama suami dan hero kesayanganku...
mendengar bunyi percikan bunga api di kota sedikit pun tidak mengusik hati untuk turut serta meraikan..bukan kerana tiada semangat cuma aku rasa cukup la sekadar aku tahu tahun baru dan pun tiba...

Ya ..selamat datang 2010..moga hajat kalian tercapai..dan aku tiada hajat mahupun azam..kerana sebagai wanita biasa aku dah punya segala...ape yang aku perolehi di masa akan datang itulah rezeki aku..untuk sesiapa yang berjaya mencapai azam 2009.. tahniah diucapkan..tahniah juga pada mereka yang berjaya melakukan perubahan dalam diri sendiri..

2009 punya cerita sendiri..
2009 aku kehilangan orang tersayang..
2009 juga hadirnya insan baru penyeri dalam rumah tanggaku..

mana mungkin aku lupa..2 april 2009 aku kehilangan kasih seorang abah..sehingga ke hari ini masih terasa seperti semalam pemergianmu..mana mungkin aku boleh lupa...

dan pada 24 0gos 2009 lahirnya zuriat darah dagingku sendiri..pengubat sepi dan rindu pada abah..Muhammad Hafey dan pun berusia 4 bulan..begitu cepat masa berlalu..mengenangkan peristiwa melahirkan mu membuat mama senyum sendiri..nanti la ada kelapangan akan aku cerita satu persatu..

cukup...mata pun dah mengantuk..esok dah pun 2 Jan..lambat laun 2010 juga akan berakhir tanpa di sedari ..
huh..aku menarik nafas lega..berjaya juga mengarang sedikit sebanyak cerita untuk entri pertama tahun ini..

Monday, August 10, 2009

Rezeki : Saat yang mendebarkan..

skrg aku dah 38 week pregnant..ikut kan lagi 2 mggu sebelum deliver..tak tahu la klu comel ni nak jmp mama dgn ayah awal..harap -harap semua selamat..perasaan aku usah cakap..mmg suspen je meniti hari sebelum duedate sebenar 29 0gos..tp insyaallah aku bersedia..apa juga kesakitan aku mst boleh hadapi..yeah yg penting positif.. erm...sedikit persediaan untuk kehadiran org baru :


ini dinamakan papa beg bukan baby beg..sbb papa dia yang beria pilih



sedikit sebanyak baju, lampin, stokin, botol susu etc




jeng..jeng...set bersalin HPA dijamin halal dan suci....


tunggu baby besar skit baru nak beli stroller and katil...
harap anak mama dan ayah sihat dan cergas nanti..

muahhh....

1 st anniversary

10 ogos 09
ulangtahun pernikahan aku yg pertama
moga jodoh kami sampai ke syurga
aman damai dan diberkati Allah

Saturday, May 16, 2009

Rezeki : Si comel



sedar tak sedar kandungan aku dah masuk 6 bulan lebih..

" minggu ke-27 - bayi kita sudah mulai pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya. Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap haba dengan baik.."

patut la bila mama makan mangga manis si comel ni bergerak-gerak...yum sedap ye....

Sunday, May 10, 2009

Bila RINDU datang lagi....

30 jun

Dah dekat 2 bulan pemergian abah..tapi aku sedikit pun tak dapat lupa ..lalu izinkan aku menulis buat tatapan kenangan aku di masa akan datang

11 Mei
genap umur abah 67 tahun tp dah tertulis umur abah hanya smpi 66 tahun..maha suci Allah..terkenang wajah abah, hari ahad 4 hari sebelum abah pergi . Aku melawat abah dekat hospital aku hanya sempat urut kaki abah kemudian bergegas balik KL.Aku salam dan cium pipi kiri kanan abah..terasa jambang abah..ada sisa2 yg belum bercukur. Aku lambai tangan kat abah..

"bye abah...assalamualaikum"

abah pandang sambil senyum
ada raut sayu terpancar di mata

hati aku tenang..sbb abah nmpk sihat..muka abah tak lagi sebam..abah nmpk betul2 sihat..
doktor pun ckp abah boleh kuar hospital sehari dua lagi..aku senang..hati lega..mana kita sangka kerja tuhan teliti. Abah bukan sakit terlantar..abah pergi hospital pun sebab abah ckp ikhtiar terakhir. Kaki abah bengkak..abah ada sakit buah pinggang. Sungguh ini ikhtiar terakhir..

mane boleh aku lupa..smpi sekarang pun aku jadi trauma...Telefon berbunyi waktu aku baru lena. Jam 1.30 pagi..uda ckp dengan nada sayu..abah tenat..aku bungkam. Aku terus telefon kak pis..belum aku tanya dia dah nangis..Suami aku terjaga. Dia fikir aku mengigau agaknya. Dia suruh aku berkemas bila tahu hal sebenar. Aku nangis mengenangkan adik aku jauh di perantau. Bagaimana dia terima berita ini....

Pukul 2.15 pagi..aku tahu itu berita apa..dan aku tak mau tahu..uteh cakap sambil teresak-esak..kami hanya berlawan sendu..uteh ckp juga

"suraya..abah dah tak de.."

aku tersendu-sendu. semakin kuat..astagfirullah..
aku sedar..lantas aku berishgtifar minta kekuatan

Sungguh aku x pernah lalui saat kehilangan..dan kehilangan pertama adalah sangat memeritkan..abah yang aku kagumi..abah yang membesarkan kami 14 adik beradik tanpa rungutan. Mengenang pergorbanan itu membuat hiba..sebak..sayu .

sejuk pipi abah..aku cium sebaik sampai. abah terbujur. Wajah abah comel..sangat comel. sewaktu kapan mulut abah sedikit lebar..ada senyum di wajah.

Aku pernah baca kisah malaikat..setiap roh yang mati akan di pegang malaikat untuk melihat siapa saudara-mara yang datang ziarah..untuk melihat siapa yang menguruskan jenazahnya..

Sebab tu abah nmpk tersenyum...Sebab anak abah, saudara abah, kawan abah,adik abah sedekah yassin.. sedekah ayat suci quran pada abah..sebab anak cucu abah mandikan abah..kami siram air sembilan ..sebab abah dikapan dengan ihram yang abah pki pergi haji 10 tahun dulu..

Aku tersedu lagi..melihat abah dipakai kan serban..wajah itu mmg wajah abah..seorang abah...aaabahhh.....tiada kata terkeluar..hanya air mata dan sendu..subhanallah..aku pasrah..aku redha tuhan..

Selamat abah dikebumikan...hati semakin redha..kami semua berkumpul ..siram air mawar dan taburkan daun pandan tasbih dari tetamu datang..senyap sunyi..abah kami pulang dulu...semoga abah tenang menghadap Allah..

Malam tu lepas tahlil ramai-ramai aku sambung solat..mak suruh aku solat sedekah untuk abah..aku lupa nama solat tu..mak ajar dan aku terus buat..aku sambung membaca yassin. Mata pun dah letih..aku masuk tido..aku tido x lena.. antara lena dengan tak aku terbayang-bayang wajah abah..abah datang tp waktu abah muda..abah pakai kemeja batik jawa dengan rambut sikat tepi..abah senyum-senyum..wajah muda dengan pakaian itu seingat aku sewaktu aku masih di sekolah rendah..wajah itu datang dan pegi..

pemergian abah terlaku sekejap..Doktor salah beri ubat..ubat yang doktor bagi terlalu kuat untuk perut abah..abah pergi bukan sebab sakit jantung atau buah pinggang..abah pegi sebab ubat yang doktor bagi xsesuai untuk abah..kami semua marah..tp itulah keindahan iman..keimanan yang ada sedikit ini buat kami redha..

Sehingga lah hari ini..aku lalui seperti biasa..namun masih tak aku sangka yang abah tiada lagi di sisi kami..hati rindu.. hanya doa dan yasin dapat aku kirim untuk abah.....

alfatihah




Saturday, April 11, 2009

La Tahzan...

seminggu aku mengumpul kekuatan...

la tahzan....

jangan bersedih
bukankah kita semua ini pinjaman..
satu masa kita akan kembali pada Nya..
ya Allah jauhkan lah aku dari sifat sedih dan dukacita..
keringkan la air mata ini..
tabahkan lah hati-hati kami
dalam menghadapi dugaan Mu
dan jangan Kau beri dugaan yang tidak kami tertanggung

"...ya allah kasihani lah bapa ku..sebagaimana dia mengasihani aku sewaktu kecilku..."

~al fatihah~
allahyarham Hj Mohamad Nor Mat Yunus
(1942-2009)




Monday, March 9, 2009

Muhammad s.a.w...

salam maulidur rasul 1430H


"Aku rela Allah sebagai Tuhanku, dan aku rela Islam sebagai agamaku, dan Muhammad itu sebagai nabi dan rasulku."

selamat hari lahir mama



selamat hari lahir mama!!

huhu seronoknya celebrate besday dgn mama
dengan ayah...

mama saya dh 25 tahun tau....


--yang comei---
anak mama

Thursday, February 5, 2009

Petugas dan Tshirt Pagoda nya...


Atas kecewa apa yg telah berlaku ..aku selaku rakyat yang sayang MB perak mau kongsi 1 cerita benar bagi meredakan hati ku yang bagai di robek-robek...


Walaupun cerita lama, terungkap di dalamnya kesedaran dan ukhwah sesama manusia.

Rakan penulis, yang kini Timbalan Pesurujaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Nazir Zakaria menceritakan pengalamannya..

Ustaz Nazir berasal dari Kuala Kedah tetapi sudah lama menetap di Putrajaya..

aku pendek kan cerita....

Ketika ummat Islam mahu menyambut hari raya Aidulfitri, yang dikongsikan oleh kerajaan Barisan Nasional dengan hari raya Depavali dan disebut "Depa Raya", sekali lagi Ustaz Nazir ditimpa kecelakaan. Tayar kereta Citra miliknya terbelah akibat terlanggar gigi jalan yang agak tajam di stesyen Petronas Hentian Rehat Tapah.

Ustaz Nasir bersama isteri dan anak-anak dalam perjalanan ke Kuala Kedah. Untuk berhari raya di kampong.

Waktu itu, tiada satupun kedai beroperasi kerana esoknya umat Islam akan menyambut hari raya Aidulfitri. Dan hari tersebut pula, orang sibuk menyambut hari raya Depavali. Ustaz Nazir bertambah panik, tiada tayar simpanan dalam kereta.

Tiba-tiba, beliau teringat Amran Harun yang pernah menolongnya kira-kira setahun sebelum itu. Beliau terus menghubungi Amran. Nampaknya, Amran masih mengenal Ustaz Nazir dan berjanji akan menghantar "petugas" ke Hentian Rehat Tapah itu dalam masa 30 minit.

Ketika itu, umat Islam masih berpuasa dan esok akan menyambut hari raya. Bayangkanlah, terbelahnya tayar kereta itu dalam suasana terik matahari. Tayar simpanan tiada. Selang beberapa minit, telefon berbunyi. Seorang "petugas" terus bertanya Ustaz Nazir, saiz tayar dan jenis tayar bagi memudahnya mendapatkan tayar berkenaan.

Kira-kira 30 minit kemudian, "petugas" berkenaan sampai dan membawa tayar terpakai. Seorang yang sederhana kurus, bercermin mata dan kelihatan peramah. Barangkali "petugas" itu tinggal tidak jauh dari Tapah.

Malangnya, tayar yang dibawa (terlekat bersama rim) tidak sesuai dengan kedudukan skru pengikat rim. Akhirnya, "petugas" itu mengajak Ustaz Nazir mencari kalau-kalau ada kedai atau bengkel yang beroperasi hari itu sekitar pekan Tapah.

Dengan menaiki kereta "petugas" itu, mereka menuju Pekan Tapah. Semua kedai kelihatan tertutup kaku. Tiada satupun bengkel yang membuka pintunya. Tiada juga kedai tayar yang menggamit pelanggan hari itu. Semua bercuti, sebab hari itu hari raya Depavali dan esok hari raya Aidulfitri.

"Petugas" itu melurukan keretanya ke arah Pekan Bidor. Jauh juga perjalanan dari Tapah ke sana. Patah semula ke arah Kuala Lumpur mengikut jalan lama. Mereka bernasib baik, terdapat satu bengkel yang masih beroperasi. Dan ada pula, tayar yang dicari-cari.

Dari jalan lama itu, mereka keluar ke susur Bidor dan masuk semula ke Lebuh Raya Utara Selatan menuju Hentian Rehat Tapah, tempat kereta Ustaz Nazir ditinggalkan bersama anak dan isterinya. Sebaik tiba, "petugas" itu terus membuka baju kemejanya. Yang tinggal hanya tshirt pagoda nipis berwarna putih.

Ustaz Nazir cuba untuk membantu tetapi ditegah oleh "petugas" itu. Kerana katanya, ini sudah jadi tanggungjawab beliau untuk menolong sesiapa sahaja khususnya ahli-ahli PAS sepanjang lebuh raya mahupun jalan lama yang merentasi negeri Perak.

Amranpun pernah memberitahu perkara itu. "Petugas" itu juga mengesahkan bahawa mereka ada team yang boleh dipanggil, jika berlaku musibah menimpa ahli-ahli PAS sepanjang perjalanan. Baik membabitkan kereta, motosikal mahupun kenderaan lain.

Peluh jantan mencurah-curah keluar. "Petugas" itu terus gigih memasang semula rim kereta. 'Tshirt' pagodanya sudah lenjun basah. Terik mahatari bukan kepalang. Hari itu, umat Islam berpuasa. Tentu sekali letih, dahaga dan tidak bermaya. Namun, "petugas" itu tekun menjalankan amanah parti, menolong sesama manusia.

Setelah selesai, dan "petugas" itu mengesat peluhnya, dia mengenakan semula baju kemejanya. Ustaz Nazir menghulurkan sedikit wang sebagai sagu hati. "Petugas" itu menolak, kerana katanya dia menolong dengan ikhlas. Bukan untuk mendapatkan wang.

Sebagai tanda ukhwah, rasa tanggungjawab dan tidak sampai hati, Ustaz Nazir menjadi serba-salah dengan penolakan "petugas" itu. Ustaz Nazir terus menghulurkan duit saguhati itu, kalau "petugas" itu tidak mahu menerimanya, beliau minta dimasukkan ke dalam tabung jamaah (PAS).

Sambil berpeluk-pelukan, Ustaz Nazir mengucapkan berbanyak terima kasih kepada "petugas" yang cukup baik hati itu. Beliau menghulurkan kad nama kepada "petugas" itu, kalau-kalau selepas ini boleh berjumpa di mana-mana, makan-makan sebagai tanda ukhwah.

"Ustaz Nazir Zakaria. Oh... Ustaz, Bendahari PAS Wilayah. Jadi Yang Dipertua Kawasan Putrajaya juga," kata "petugas" itu sambil membaca bait-bait yang ditulis pada kad nama Ustaz Nazir. "Petugas" itu juga turut mengeluarkan kad namanya dan menghulurkan kepada Ustaz Nazir.

"Ini kad ana. Manalah tau, kalau-kalau berlaku apa-apa, hubungi terus ana," ujar "petugas" itu sambil menghulurkan sekeping kad nama kepada Ustaz Nazir.

Tertera pada kad itu, nama Ir Mohamad Nizar Jamaluddin; Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan (Yang Dipertua PAS Kawasan Kampar, Perak). Rupa-rupanya, "petugas" itu adalah kini, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan dan Amran Harun pula menjadi Pegawai Khas beliau.

petikan bulat-bulat dari


Tarmizi Mohd Jam HarakahDaily.net
2 Aug 08


Ya allah selamatkan perak dari kekejaman "zionis"

wallahualam


Sunday, February 1, 2009

Rezeki : Bertambah...



semlm timbang naik 2 KG

menjadikan berat aku 48 KG

huhu beratnyee ...


Wednesday, January 28, 2009

Rezeki : Pregnancy II



Untuk dua bulan pertama..hari-hari di lalui mcm berperang..perut ni dh mcm bom berungkai israel apa yang di makan mcm nk membuak..stakat sindrom morning sickness normal la..tp aku lunch sickness, morning aku steady lagi..jadi aku makan tghari skit..lepas tu aku cepat lapar..ape saja org sua aku sambar mcm naga..roti...kerepek..pisang goreng..ngap!! pasti aku tak tolak..jadi budak opis akan bising2..

"mengunyah je ko ni.."

aku sengih...kunyah dan telan..

"huh nak la tu!"

Tuesday, January 20, 2009

Rezeki : Pregnancy I



aku mcm yang lain-lain..
sangat bersyukur dengan seribu nikmat yang tak semua orang boleh dapat
Disahkan mengandung 2 bulan
Adalah sesuatu kegembiraan yang tidak dapat digambar dalam bentuk ayat..

Harapan aku
Moga kandungan aku dipelihara allah
sihat dan tiada masalah..

anak
dengan izin allah
anak dapat lihat dunia
ogos tahun ini...

Tuesday, January 13, 2009

SAY NO to....



COCA-COLA,HUGGIES,RIVER ISLAND, MCDONALDS,CLINIQUE,DISNEY,COLGATE,DONNA KARAN,STARBUCKS,GAP,GARNIER,PERRIER,KOTEX,SANEX,LANCOME,LIBBYS,TCHIBO,

LOREAL,MARKS&SPENCER,KLEENEX,MAYBELLINE,NESTLE,VITTEL,REVLON,
WONDERBRA


Banyak betoi email boikot aku dapat. Aku percaya suma orang pun dapat...satu tujuan untuk jatuhkan lahanat Amerika.
Amerika punya kuasa besar untuk suruh israel berhenti menyerang tp amerika x buat pun..sbb mereka mmg kafir laknatullah.

Kalau kafir punya alasan bodo ckp islam palestin tak bersatu mcm islam dulu..jom kita buktikan islam mmg bersatu..kita boikot barang Amerika..biar tak ada dari ada..

Nasib aku alergik ayam goreng akhir-akhir ni..sebut aje nk muntah..wekk ..pandai anak mama ..kecik-kecik dh boikot...weerkk for Mc'd dan Kfc..