Saturday, August 23, 2008

terima kasih semua ...



terima kasih tuhan..
atas segala kelancaran majlis ini

terima kasih mak abah
atas segala kepayahan mendidik aku
kini tanggungjawab itu tidak lagi pada bahu mu
dan tanggungjawab aku kini berat
pasti bukan seperti dulu lagi
tapak syurga ku kini telah bertukar

terima kasih abg ..kak..adik
kerana sama membantu
kerana menjadi ahli keluarga ini
kerana melayan karenah bermacam gaya
agar majlis aku tampak sempurna

terima kasih rakan..
kerana sudi menjenguk di hari bahagia aku
berkongsi gembira bersama
pasti majlis kalian akan cuba aku penuhi
terima kasih kerna kalian tak cipta seribu alasan
untuk tidak hadir ke majlis aku seperti yg lain-lain
terima kasih atas segala doa yang diiringi
terima kasih atas senyuman yg terukir
terima kasih atas ukhwah ini


terima kasih dari suraya dan suami...



terima kasih suami ku
atas segala kesabaran mu
atas segala kesungguhanmu
atas segala nasihatmu
atas segala penghijrahanmu




allah maha besar...





Thursday, August 7, 2008

Darah manis part III -- i luv u

Aku penat..
baru siap packing2 barang..byk rupanya yg aku belum bwk balik kg lg..esok last keje lepas tu aku kembali semula bekerja sebagai puan suraya..haha dalam hati berdoa semoga segala berjalan lancar..ada perasaan yang x best berbaur jauh sudut hati aku..pilu mengenang kenangan yang x bisa dapat aku ulangi..ada rindu terpalit ..ada sepi tersepit..haha ..penah aku ckp pada seorg rakan..waktu-waktu begini hati aku paling sensitif..semua akan jadi x kena..aku mudah ketawa aku mudah marah. aku mudah menangis. Seminggu kawan2 aku mengusik..kemudian muka jadi merah. kata muni seri aku dh naik..aku senyum..senyum lagi ..sapa yg tidak gembira bila hari bahagia tiba..aku yakin dimana ada cinta disitu ada bahagia. aku cinta kamu selamanya..

Pada rakan doa kalian aku pohon..jemput datang majlis aku..



Tuesday, August 5, 2008

Darah manis part II -- ON/OFF diet

Tadi petang baru nk pi hantar baju nikah dkt dobi. kena dry clean..takut manik-manik bersepah

Mlm semalam aku belek2 baju nikah kaler putih krim ni. Aku tempah dkt "dzulldeclassique". Mmg sedap di pakai..harga pun sedap..simple dan cantik bg aku..yg tak cantiknya aku yang makin gemok dan bulat..part pewot paling bt aku penin..mcm2 cara aku try..tp nafsu mkn aku xpenah kalah.. ya aku mmg sentiasa ade selera..itu masalah aku. Bg perempuan.. itu standard bila kawin mst nk nmpk kurus ..mst nk nmpk seri.. barulah raja sehari.

Atas sebab tu dkt sebulan aku mkn sikit je nasik..cuma 1 senduk..tp aku xnmpk perubahan..aku fed up . Aku kembali mcm biasa..arrgh lantak la.. aku on diet atau tak.. sama je..badan mmg susah nk susut klu dh naik sekali. lain la klu betul2 berazam tak mkn nasi 2 atau 3 bulan.. itu aku dengar betul2 mujarab..tp aku x boleh..aku suka nasik..haha

Jadi aku x kisah gemok ke tak..sbb bakal suami aku pun bulat mcm aku...jadi kami padan kan..?




Saturday, August 2, 2008

Darah manis part I (manis ke....?)

sabtu ahad...

minggu terakhir bergelar bujang..kenapa aku ckp terakhir..sbb aku akan nikah awal seminggu. nikah gantung dalam istilah mudahnya. Tp gantung aku hanya seminggu....

semalam dah terisi dengan aktiviti perkelahan. Berendam dalam musim panas ni sedap jgk.. ya mmg musim panas ..sbb dkt tmpt aku dh lama x hujan dan keta aku penuh habuk.. xtau la mungkin tmpt aku je kot..haha..dan ahad ni ape aku nk buat..kemas barang utk balik kg cuti seminggu ..sgt awal la pulak..layan intenet smpi ke petang tu mmg standard..huh baik kuar jmp kwn lama sekolah..boleh jemput dtg kenduri..ya jadilah kita kuar..

Lupa..ini ptg ada jji mau soping skit barang kawin mana yang x cukup..tp sebenar aku malas..hari ahad ni aku nk tido dan dok rmh smbil buat ape patut..byk..kemas rmh ..iron bj.. spa diri sdri huhu..mcm mcm.. 1 hari tak kuar rmh dah mmg biasa aku isi tiap hujung mggu..ya cancel suma janji..haha ni lah klu dtg mls aku nk bersosial..