Thursday, December 31, 2009

Bye 2009...

Selamat tinggal 2009 yang penuh makna..

Assalamualaikum rakan sekalian

maaf untuk sekian lama tidak mengaktifkan blog sendiri.. dek kerana kesibukan bergelar isteri dan ibu aku tiada masa untuk diri sendiri..mmg dah lama tangan ni nak menaip menceritakan pelbagai kisah namun masa tiada untuk di curi dan entah ape kena semalam aku bermimpi blog mana yang x aktif automatik akan di curik..sampai mcm tu sekali di bawa ke mimpi..

2009 dalam kenangan...

hari terakhir 2009 semalam telah aku abiskan dgn training di Semua House KL..4 hari bersesak menaiki tren satu pengalaman yang pertama kali aku baru lalui..menaiki tren dan berhimpit2 dengan rakyat indon mahupun myammar membuat aku jelek apatah lagi bau ketii yang tenget benar2 membuat aku serik..klu bukan kerana tanggungjawab yang harus diselesaikan ..dah lama aku ponteng atau MC untuk menghadiri training yang ke main jauhnya...

dan.. untuk malam 31 Dec 09 aku meraikan tahun baru bersama suami dan hero kesayanganku...
mendengar bunyi percikan bunga api di kota sedikit pun tidak mengusik hati untuk turut serta meraikan..bukan kerana tiada semangat cuma aku rasa cukup la sekadar aku tahu tahun baru dan pun tiba...

Ya ..selamat datang 2010..moga hajat kalian tercapai..dan aku tiada hajat mahupun azam..kerana sebagai wanita biasa aku dah punya segala...ape yang aku perolehi di masa akan datang itulah rezeki aku..untuk sesiapa yang berjaya mencapai azam 2009.. tahniah diucapkan..tahniah juga pada mereka yang berjaya melakukan perubahan dalam diri sendiri..

2009 punya cerita sendiri..
2009 aku kehilangan orang tersayang..
2009 juga hadirnya insan baru penyeri dalam rumah tanggaku..

mana mungkin aku lupa..2 april 2009 aku kehilangan kasih seorang abah..sehingga ke hari ini masih terasa seperti semalam pemergianmu..mana mungkin aku boleh lupa...

dan pada 24 0gos 2009 lahirnya zuriat darah dagingku sendiri..pengubat sepi dan rindu pada abah..Muhammad Hafey dan pun berusia 4 bulan..begitu cepat masa berlalu..mengenangkan peristiwa melahirkan mu membuat mama senyum sendiri..nanti la ada kelapangan akan aku cerita satu persatu..

cukup...mata pun dah mengantuk..esok dah pun 2 Jan..lambat laun 2010 juga akan berakhir tanpa di sedari ..
huh..aku menarik nafas lega..berjaya juga mengarang sedikit sebanyak cerita untuk entri pertama tahun ini..