Tuesday, January 15, 2013

Muhammad s.a.w



12 Rabiul awal bakal tiba...

Rasullullah pabila terkenang perjuanganmu
menegak agama islam
begitu payah
di caci..di hina
di perlaku apa saja

sedang kita sekarang

begitu mudah
melakukan dosa
meninggalkan solat
tidak menghargai
jerih perihmu

ya rasullullah
beri syafaatmu padaku

ya rasullulah
moga ada rindu untukmu
moga terkenangmu
mengalir air mataku...



Sunday, January 6, 2013

kita org yg berfikir...


mungkin mereka marah
sentap
atau panas

dengan post aku di bawah
rileks kawan..
mari melihat nya dalam dimensi positif

ketahuilah perkara yang benar
jika bkn sekarang
bila bila masa
untuk kembali sedar

bkn salah ku
bkn juga salahmu
ianya ketetapan
yg perlu kita pelajarinya...

tiba masa
aku kan pergi
tidak perlu mengusirku
tidak perlu memerli ku

mari pelajari...
fikiri...

Saturday, November 24, 2012

Pray For Gaza






Tahniah Brigade Al Qassam dalam menjaga maruah Palestin ! Allahuakhbar! #savegaza





Thursday, November 15, 2012

One Muharram 1434H





Pada muharram itu
telah membangunkan aku
merintih padamu..

moga istiqamah
terus bersamaku








Suatu Kelahiran...






Muhammad Harraz Mohd Hanif
8 April 2012

Saturday, July 30, 2011

alangkah kesian nya ...

Aku melihat kau dalam 3 perkara :


:: Sundal


:: Sihir


:: Mandul



..tidak hairan lah kau akan membuat apa sahaja dan mencipta apa sahaja cerita....


Sunday, June 19, 2011

Back To Allah!!!

Jika kamu menemui jalan buntu

kembali lah kepada Syariat
kembali lah kepada Quran

dan

Kembali lah kepada Allah


ayat yang aku baca dalam majalah solusi benar2 menyedarkan aku..
beberapa hari aku hilang arah
Dikala hati bagai mahu mati
lalu Allah tempat aku berpaut
tempat aku mengadu
dan padaNya dibuka aku jalan...

Dengar...

Aku mencintaimu
kerana cintamu pada Allah
kerana perubahanmu mendekati Allah


Ingat..

jikalau cintamu tidak lagi pada Allah
jikalau kamu sekali lagi membelakangi Allah
Maka cintaku tidak lagi padamu
dan aku juga akan berpaling darimu

dan KAMU si tukang sihir!!

jikalau kamu manusia
aku sebagai hamba Allah
menyeru kamu kembali padaNya

jikalau kamu syaitan
maka silakanlah ke dalam neraka
yang kamu kekal di dalamnya!!





janji tuhan itu pasti..
pimpinkan aku ke jalanmu Ya Allah
aku sedar..
semua ini hanya pinjaman
Kekal kan cintaku pada Mu
agar dapat ku peroleh cinta yang lain-lain

Saturday, April 9, 2011

Akibat Pengaruh Rakan Sebaya...



sungguh aku tak percaya...

apa yang ku lihat

dia sedang melakukan

pedicure & manicure pada kukunya sendiri!



ahaks...


saya rasa lama- lama nanti dia pasti pandai memasak


tidak!!!


jgn mare ye anip

gurau-gurau
tak boleh gurau pi dok surau














Saturday, April 2, 2011

AWAS YA!!



Baru baru ini aku sering ternampak kecurangan didepan mata.. nekad aku teringin mengarang entri baru.
Cerita tentang curang sang suami yang aku kenali dengana si gadis yang terlentok leti..

maaf ye jgn tersalah erti
bukan suami aku yang disaksi
tapi seseorang suami kepada seseorang isteri..

nyampah..serius aku menyampah.sering aku bertanya pada suami ku
" kenapa dia buat mcm itu ?sedikit pun tak teringat bini ke? kenapa hidup ini tak ada lain ke selain perempuan. Cuba la fikir dan buat sesuatu yang memajukan diri sikit..bla..bla.."

Dan selalunya suami ku akan tersengeh-sengeh...
"klu itu dah ditakdirkan..."

belum sempat dia menghabis bait ayat yang aku dah jangka..aku pun dah siap patah patah ayat yang pasti korang pun tak hingin nak baca.


stop disitu.


ini luahan perasaan aku. Tolong sang suami mahupun si isteri

dugaan dunia sangat banyak

tiada iman di dada maka kau akan tergoda
kerana yang tergoda adalah hati
Jika hati kau mati dengan dunia
maka sangat mudah kau terleka

para sang suami..kau adalah pemimpin yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin isteri
jika kau hanyut..pada siapa isteri nak berpaut


dan aku sendiri sebenarnya takut...
jika ia terjadi padaku

sumpah..
aku sendiri pun tak tahu.. apa yang bakal aku lakukan!




ini bukan kempen tak percaya kan suami..ini kempen majukan diri!

haha


AWAS


anda sedang diperhati!









Tuesday, January 4, 2011

oh kawan...


oh kawan
bila mau lawan?

kau angkat parang
aku angkat senapang

oh kawan..
dapat gading bertuah..tanduk tidak berguna lagi..
dulu kata kawan..bila kawan lupa daratan .. kawan terus jadi lawan..

kawan.. kawan
tak kan mau lawan

tapi bila kau mau lawan..kita lawan abis -abisan..





Tuesday, December 14, 2010

This is My December...


Disember ku datang lagi
bagi memulakan tahun 2011 yang ntah apa akan jadi

Disember ini

aku akhiri dengan salju rindu
biar muncul mentari kasih
yang pasti membunga kan harapan
sehingga luruhnya kebencian


melalui hari-hari sepanjang tahun
pasti suka duka kan datang bermusim

Namun..

Disember ku
pasti muncul lagi!



Sunday, November 14, 2010

Don't Miss it !


...Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)


esok 9 zulhijjah di Arab Saudi
8 Zulhijjah di Malaysia

ape salahnye puasa 8,9 zulhijjah...


....Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Dzulhijjah di samping berpuasa pada hari ‘Arafah (9 Dzulhijjah) sebagai langkah berhati-hati yang mana kemungkinan pada hari ke 8 Dzulhijjah itu adalah hari yang ke 9 Dzulhijjah (Hari ‘Arafah).

Saturday, August 14, 2010

3 Ramadhan itu...



rupa-rupanya hafey dh cukup setahun...
dalam kiraan kalendar islam..
si boboi mama sekejap je dah besar
dulu mase baby mata bulat
sekarang muka dan pewot yang bulat

huhu









Wednesday, June 23, 2010

entah apa...

Seperti yang aku penah cakap...
2010 bakal ke penghujung


Masa yang berlalu
sgt laju..



Bila hari-hari yang suram datang
mahu saja aku berlari jauh..
membuang semua duka
untuk mengimbas kenangan indah ..
hati rasa sayu
hati rasa rindu
entah kenapa detik di Bandung
bermain-main di mata

aku sgt lelah
dengan semua yang ada







Thursday, April 1, 2010

Setahun memendam rindu



aku rindu abah


abah..
terasa baru semalam pemergianmu
terasa baru semalam aku mencium tanganmu
terasa baru semalam aku mengucup pipi mu
dan hanya mata mu yg sayu itu mengiring kepulangananku

mana mungkin aku lupa abah
tangan mu yang dingin di qiyamkan
tubuhmu yang kaku dimandikan
wajah mu yang suci bersih di kapankan
dan aku...
bersama anak-anakmu yang lain
memegang erat kitab berselang sendu membaca surah
sambil menyeka air mata
mengetap bibir menahan esak

mana mungkin aku lupa abah...

sewaktu serban di pakaikan di kepala mu
menandakan pemergian haji mu sewaktu 15 tahun dahulu
dan sekali lagi aku menahan esak dan sendu
kerana wajah itu adalah wajah abahku
yang sewaktu dahulu membesarkan aku
menghantar aku kesekolah saban waktu
mana bisa aku lupa..

abah....

wajah mu mengukir senyum pabila sahabat handaimu
adik dan kakakmu datang membaca yassin disisimu
wajahmu bertambah senyum abah..
sewaktu kami, cucu dan menantu mu
menyiram air sembilan di tubuhmu..

maha suci Allah
menghidup dan mematikan
aku redha pemergiaan mu abah
namun hati ini tidakkan berhenti dari merinduimu
tidakkan berhenti dari menyebut namamu
tidakkan berhenti dari mendoakan mu..

Alfatihah


setahun memendam rindu
Allahyarham Hj Mohamad Nor Mat yunus
11 Mei 1945- 2 April 2009


Saturday, March 20, 2010

Bercuti itu indah...

Bandung...
kotanya sama
ngak ada yg beda
cuma gaya bahasa
dan alunan muzikanya
mungkin tidak sama

Bandung...
warganya tegar
buminya segar

Bandung..
kerna aku pendatang
sampai masa ku harus pulang
namun rindu tidakkan hilang
khabarmu akan ku bilang
pada mereka yang bakalan datang
salam semanis kenangan
Bandung, Indonesia
8-11 feb 2010

















Saturday, January 23, 2010

mamam itu mmg satu NIKMAT...


Sejak akhir2 ni ramai sgt budak opis aku nk berdiet..
pagi makan ..nnt lunch skip...klu makan pun bukan makan nasi
mengenang kan diet .. lepas bersalin berat aku x turun pun..tmbh2 lagi aku masih breastfeed jadi aku kena makan yg byk khasiat untuk khasiat diri aku dan utk dpt penghasilan yg bermutu..jadi lepas habis sessi mengepam automatic aku rasa sgt lapar..aku makan..makan dan makan...sampai satu masa baju kurung aku byk yg dah tak muat tang ehem2

aiyaaa...

must do something laaa...

Saturday, January 2, 2010

Kita masih punya waktu...


Malam ni Hafey tido awal..jadi aku punya banyak masa untuk browse..

aku membuka satu laman yang tidak perlu aku sebutkan di sini..tujuan aku mencari rakan yang aku kenal ..baru mahupun rakan lama...

Masa merubah segalanya...

betol masa cepat berlalu..betol kita semakin ke alaf 2020
tapi kerna itu kah kita mesti terus hanyut di buai petaka kemodenan?
mestikah kita lupa susila lalu menjadi hamba permainan barat
aku menginsafi diri sendiri
tuhan..jgn kau timpa bala pada masa kami sedang alpa..
aku memaling memandang wajah comel yang masih tidak mengerti dosa dan pahala

"Ya Allah lindungi lah aku, zuriatku serta kaum kerabatku dari tipu daya dunia yg hanya bersifat sementara.."

Thursday, December 31, 2009

Bye 2009...

Selamat tinggal 2009 yang penuh makna..

Assalamualaikum rakan sekalian

maaf untuk sekian lama tidak mengaktifkan blog sendiri.. dek kerana kesibukan bergelar isteri dan ibu aku tiada masa untuk diri sendiri..mmg dah lama tangan ni nak menaip menceritakan pelbagai kisah namun masa tiada untuk di curi dan entah ape kena semalam aku bermimpi blog mana yang x aktif automatik akan di curik..sampai mcm tu sekali di bawa ke mimpi..

2009 dalam kenangan...

hari terakhir 2009 semalam telah aku abiskan dgn training di Semua House KL..4 hari bersesak menaiki tren satu pengalaman yang pertama kali aku baru lalui..menaiki tren dan berhimpit2 dengan rakyat indon mahupun myammar membuat aku jelek apatah lagi bau ketii yang tenget benar2 membuat aku serik..klu bukan kerana tanggungjawab yang harus diselesaikan ..dah lama aku ponteng atau MC untuk menghadiri training yang ke main jauhnya...

dan.. untuk malam 31 Dec 09 aku meraikan tahun baru bersama suami dan hero kesayanganku...
mendengar bunyi percikan bunga api di kota sedikit pun tidak mengusik hati untuk turut serta meraikan..bukan kerana tiada semangat cuma aku rasa cukup la sekadar aku tahu tahun baru dan pun tiba...

Ya ..selamat datang 2010..moga hajat kalian tercapai..dan aku tiada hajat mahupun azam..kerana sebagai wanita biasa aku dah punya segala...ape yang aku perolehi di masa akan datang itulah rezeki aku..untuk sesiapa yang berjaya mencapai azam 2009.. tahniah diucapkan..tahniah juga pada mereka yang berjaya melakukan perubahan dalam diri sendiri..

2009 punya cerita sendiri..
2009 aku kehilangan orang tersayang..
2009 juga hadirnya insan baru penyeri dalam rumah tanggaku..

mana mungkin aku lupa..2 april 2009 aku kehilangan kasih seorang abah..sehingga ke hari ini masih terasa seperti semalam pemergianmu..mana mungkin aku boleh lupa...

dan pada 24 0gos 2009 lahirnya zuriat darah dagingku sendiri..pengubat sepi dan rindu pada abah..Muhammad Hafey dan pun berusia 4 bulan..begitu cepat masa berlalu..mengenangkan peristiwa melahirkan mu membuat mama senyum sendiri..nanti la ada kelapangan akan aku cerita satu persatu..

cukup...mata pun dah mengantuk..esok dah pun 2 Jan..lambat laun 2010 juga akan berakhir tanpa di sedari ..
huh..aku menarik nafas lega..berjaya juga mengarang sedikit sebanyak cerita untuk entri pertama tahun ini..

Monday, August 10, 2009

Rezeki : Saat yang mendebarkan..

skrg aku dah 38 week pregnant..ikut kan lagi 2 mggu sebelum deliver..tak tahu la klu comel ni nak jmp mama dgn ayah awal..harap -harap semua selamat..perasaan aku usah cakap..mmg suspen je meniti hari sebelum duedate sebenar 29 0gos..tp insyaallah aku bersedia..apa juga kesakitan aku mst boleh hadapi..yeah yg penting positif.. erm...sedikit persediaan untuk kehadiran org baru :


ini dinamakan papa beg bukan baby beg..sbb papa dia yang beria pilih



sedikit sebanyak baju, lampin, stokin, botol susu etc




jeng..jeng...set bersalin HPA dijamin halal dan suci....


tunggu baby besar skit baru nak beli stroller and katil...
harap anak mama dan ayah sihat dan cergas nanti..

muahhh....