Tuesday, October 7, 2008
Saturday, October 4, 2008
Selamat Hari Raya II
Warga kota suma dh kembali. Tinggal ayah bonda, opah atuk dikampung. Aku tak kurang. Semlm lagi dah smpi rawang. Bertolak dari lenggong. Aku orang perak tapi ni la first time aku ke lenggong. Ape cekeh aku nk ke lenggong. Tapi keluarga aku dah besar. Aku ade mertua. Aku ade makcik mertua dan aku pun ade sepupu tua (tibai je asal sesuai?). Jadi raya kedua lagi aku dah bersiap pulang ke kampung suami. Klu ikutkan perangai menantu pempuan mmg mcm ni. Paling liat balik kampung mertua. (eleh same je menantu laki pun) tp aku jenis steady .Tak de masalah..aku org kampung. Mane-mane aku bisa sesuai kan diri ..haha
Berada di lenggong buat aku berasa betol-betol di kampung. Walaupun sitiawan itu kampung tapi tak la sampai berusung baldi air nk ke jamban diluar. Tak de la smpi mengaut kelapa manual. Tak de la smpi minum sunkist panas. Main meriam pun meriam tin, bunyi cukup bagi telinga berdesing, hati panas..Ya ini hanya aku rasa dilenggong.Opah dengan tok dah meninggal lama. Yang tinggal adik beradik mertua aku. Setahu aku rumah tu penah disewa orang sebab suma berada di Kota. Hari pertama je aku dah kene tido atas tikar berselimut cadar kain. Ape la sgt yg ade dirumah usang ni. Kosong.Semua barang di pinjamkan oleh Tok sedara. Paling best sembahyang berjemaah tunggu suma bersiap dalam keadaan perut yg mendidih lapar. Makanan tengahari mmg dari ulam dan ikan kecik hasil mengail, tapi selera. Bkn tak boleh ke bandar beli barang. Saja nk merasa mskn betol2 kampung. Orang kampung memang boleh survive.
Sejuk pagi di lenggong menggigit hingga ke tulang itam. Tak smpi 3 km dari rmh boleh mandi dekat Lata kekabu. Balik boleh beli ikan Talapia fresh dari sungai. Sikit pun tak berbau macam ikan dibandar kata suami aku. Ya aku akui mmg sedap. Aku dulu tak reti mkn ikan sungai. Sekarang aku yg beria mencari.Tapi talapia dari lenggong je aku lalu. Wlupun sedikit takut di kampung di sebabkan cerita-cerita seram yg dialami mak mertua aku (giler..neknak shooting dkt situ wooo) tapi aku seronok. Aku takkan serik. Cuma klu ade tv lagi best.
Aku pasang angan-angan jenin, tahun depan mau bawak toto, selimut, bantal busyuk, iron baju (ini mustahak imej tu penting) torchlight dan tv itam putih klu ade..hehe
ooo.... balik kampung....ooo...balik kampung hati girang...ooo...
argh tido la..esok mau masak mee kari ..x masak pun..tengok je mak mertua buat hehe
....
gudnite
Friday, September 26, 2008
Selamat Hari Raya I
Thursday, September 25, 2008
Syawal yang lebih dan kurang
25 Ramadhan
sekejap je sebulan..
syawal tahun ni ada lebih dan kurang
lebih kerana bertambahnya bilangan ahli keluargaku
kerana meriahnya dengan keluarga baru
kerana bahagianya beraya bersama suami disisi..
Kurang ..
kurang kerana perginya adik beraya diperantauan
kerana tidak sempat bersalam maaf denganya
kerana tiada sapa lg nk dibuli
Ala akak rindu Ala...
sejak naik flight tak dapat contact Ala..
nnt ade duit Ala balik ok...
akak doa Ala selamat di sana
Moga tuhan lindungi Ala...
Sori akak tak sempat jmp ala
akak terkilan sgt
sape suruh flight tukar jadual..
JPA bongok
Friday, September 19, 2008
bila beban sama di pikul ringan sama di jinjing
bagi company mcm THCC dah comfirm ade deco utk sambut raya..
jadi kami semua beria mengayam ketupat,create bunting,gantung kad raya
utk nmpk meriah..dan dah tentu nak menang sbb ini adalah pertandingan..
klu nk tahu kat thcc fairul sorg je yg tau anyam ketupat..aku blajar dgn dia ..klu x mmg raya tahun depan baru siap fairul anyam sorang2..jadi aku tolong dia..terer kan aku..terang hati..hakhak..gilee..anyam ketupat perlukan kesabaran yg melangit

Majoriti yang tau anyam ketupat terlalu sedikit..jadi aku pun bangga dgn membuktikan ketupat pertama anyaman ku..huhu..dan majoriti melukis tangan hanya ema sorg...seni melukis dari menjadi cikgu tadika katanya

Sifu fairul menurun kan ilmu pada lain2

dua hari baru settle anyam ketupat..tengok ali pun dah pandai..maznah pose je tu..jgn tertipu ngeh2
mewarna bintang bagi kanak-kanak riang
hari mengantung
wan yg mmg kaki mengantung..dia mmg suka keje2 nepal dan bangla ni..hak..bagusss
untuk tempahan sila hubungi 03 7728 4959 haha..acah je
Finally..bunting hari raya THCC dengan lampu lip lap cap ayam di beli dkt kedai dgn rm9.90 sahaja..budjet maa
alhamdullilah..kerja yang banyak menjadi sedikit klu sama-sama pikul..bukan saja bercerita..aku sekali ingin kongsi kegembiraan bila semua bekerjasama ..moga tahun depan lebih meriah dari ini..dengan izin Allah...
Wednesday, September 3, 2008
Ramadhan ini..
dh lame x online..password pun lupa2
SELAMAT BERPUASA SEMUA
ramadhan ke tiga berlalu mcm biasa.. tp tahun ni mst ada beza..skrg slalu org tanya.. masak ke utk suami?sempat ke..tak buka rmh mertua ke mcm mane puasa tahun ni...*%&*$# ke? ah..muka aku ni dh sebal dgn soklan2 mcm tu.. hehe dan biasa aku jwb..tak..xsempat masak..blik rawang hujung mggu je ...*%&*$# ?? bwek aku x jwb.. mencebik..sibuk kau..
awal ramadhan belum ade mood nk masak.. lagipun jarang dapat buka bersama..sahur baru aku tong tang dkt dapur nah siap sepinggan lauk..utk sahur lauk xperlu byk2..
kerja igt boleh curik2 tido..tp kene jd back up ..buat fax yang berlambak2 aku buat mane dan je..lebih2 bagi pada pro.. pasal keje ni boleh buat pahala puasa aku susut..time2 ni boleh plak bengang dgn management berlagak kuasa..itu keje...terkenang AL aku yg dh abis aku guna..BIT dgn kwn2 pun blom tentu dapat..woo mcm mane raya aku tahun ni..ngeri iii...
Ramadhan tahun ni..aku py azam..nk kurang kan tido dan bykkan pengisian..
tp aku manusia biasa yang sering leka..
Saturday, August 23, 2008
terima kasih semua ...
terima kasih tuhan..
atas segala kelancaran majlis ini
terima kasih mak abah
atas segala kepayahan mendidik aku
kini tanggungjawab itu tidak lagi pada bahu mu
dan tanggungjawab aku kini berat
pasti bukan seperti dulu lagi
tapak syurga ku kini telah bertukar
terima kasih abg ..kak..adik
kerana sama membantu
kerana menjadi ahli keluarga ini
kerana melayan karenah bermacam gaya
agar majlis aku tampak sempurna
terima kasih rakan..
kerana sudi menjenguk di hari bahagia aku
berkongsi gembira bersama
pasti majlis kalian akan cuba aku penuhi
terima kasih kerna kalian tak cipta seribu alasan
untuk tidak hadir ke majlis aku seperti yg lain-lain
terima kasih atas segala doa yang diiringi
terima kasih atas senyuman yg terukir
terima kasih atas ukhwah ini
terima kasih dari suraya dan suami...
terima kasih suami ku
atas segala kesabaran mu
atas segala kesungguhanmu
atas segala nasihatmu
atas segala penghijrahanmu
allah maha besar...


